Wednesday, 6 July 2011

BUAH KURMA

  Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”





SEJARAH BUAH KURMA
Kurma telah menjadi makanan harian Timur Tengah untuk beribu-ribu tahun. Mereka dipercayai berasal dari sekitar Teluk Parsi , dan telah ditanam sejak zaman silam dari Mesopotamia ke prasejarah Mesir, mungkin seawal 4000 SM. Terdapat bukti arkaeologi pada penanaman kurma di Arabia timur pada 6000 SM (Alvarez-Mon 2006).
Pada zaman kemudiannya, suku Arab menyebar kurma di sekitar Asia Selatan & Tenggara, Afrika utara, dan Sepanyol. Kurma diperkenalkan di Mexico dan Calirfonia oleh orang Sepanyol pada 1765, sekitar Misi San Ignacio. Buahnya adalah sebiji pepauh yang digelar sebagai sebiji kurma. Ia berbentuk bujur-silinder, panjang 3–7 sm, dan garis pusat 2–3 sm, dan apabila matang, bertukar dari merah ke kuning muda pada warna, terpulang pada kelainan. Kurma mengandungi suatu biji benih tunggal panjang sekitar 2–2.5 sm dan tebal 6–8 mm. Buahnya terdiri daripada tiga kategori iaitu kurma lembut (contohnya 'Barhee', 'Halawy', 'Khadrawy', 'Medjool'), semi-kering (contohnya 'Dayri', 'Deglet Noor', 'Zahidi'), dan kurma kering (contohnya  'Oman', 'Safawi', 'Thoory'). Jenis buah terbahagi kepada kandungan glukosa, fruktosa & sukrosanya.
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan buah kurma, tenaga yang diserap oleh tubuh badan adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Umat Islam disunatkan berbuka dengan kurma (disarankan mengambil sehingga 7 biji kurma) kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun jadi mengantuk. 
Kurma yang dimakan tanpa membuang kulitnya mengandungi serat yang amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potasium.
Dikalangan masyarakat kita ramai yang beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga boleh meningkatkan daya ingatan seseorang. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. 

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.” 

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya lagi. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Sesunguhnya, kurma sangat diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.
Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.


KHASIAT KURMA:
  • untuk merawat penyakit gangguan usus kronikdan sembelit.
  • Khasiat kurmajuga terbukti dalam mengatasi masalah insomnia.
  • Individu yang mengalami masalah batukpula boleh mengamalkan pengambilan kurma dalam menu harian mereka kerana keberkesanannya menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong seterusnya mampu meredakan batuk.
  • Buat kanak-kanak pula, kurma membantu mencergaskan mindamenguatkan daya ingatan serta membantu tumbesaran
  • Manakala untuk wanita, kurma dapat mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran serta dapat menambah tenaga selepas melahirkan.
  • Dapat memanaskan tubuh.
  • Mencegah penyakit barah.
  • Melancarkan peredaran dalam darah.
  • Merawat penyakit buah pinggang
  • Membersihkan hati.


untuk tempahan, sila hubungi:-
Al-Arif Foods Industry
013-3978857

No comments:

Post a Comment