Showing posts with label cuka kurma. Show all posts
Showing posts with label cuka kurma. Show all posts

Monday, 26 December 2011

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.


4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.


5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.


7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.


8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.


9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.


10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.


11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)


12. Air Kosong – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. 

Saturday, 30 July 2011

CUKA DELIMA





KHASIAT CUKA DELIMA
  • Membantu melancarkan peredaran darah dalam badan.
  • Melindungi & mengurangkan risiko daripada penyakit jantung (serangan jantung) atau penyakit hati, strok, tekanan darah tinggi, serangan penyakit kardiovaskular & kencing manis
  • Membantu menstabilkan paras kolestrol
  • Mempunyai tahap antioksidan yang tinggi
  • Unsur flavonoids melindungi otak & menguatkan memori
  • Memberi & merangsang tenaga batin
  • Memperbaiki kitaran darah & menguatkan sistem pertahanan badan
  • Mengurangkan risiko penyakit kencing manis\Menghalang kemasukan virus HIV-1 & microbicide
  • Mengurangkan pembentukan plak & menguatkan kesihatan gigi
  • Merawat sakit perut akibat gás, asid & angin
  • Meningkatkan kesuburan rahin (wanita) & membantu masalah disfungsi ereksi (lelaki)
  • Mengelakkan kanser kelenjar prostat & kanser payudara
  • Meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin)
  • Mengatasi masalah kekeringan pada vagina wanita. Menjadikan vagina lebih subur dan lembap
Cuka Delima  500ml ~ RM28

UNTUK TEMPAHAN,  HUBUNGI
Al-Arif Foods Industry 
013-3978857

CUKA KURMA


KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
  • Merawat masalah penyakit lemah jantung, kencing manis, darah tinggi & kolestrol
  • Dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser)
  • Mencuci darah & membaiki masalah pencernaan di perut
  • Masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari matahari
  • Mengimbangi tahap asid-alkali & mengeluarkan lebihan garam (toksik)  di dalam badan
  • Menguatkan gigi, mata, telinga & tulang
  • Mengatasi masalah gastrik di perut
  • Membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu
  • Mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
  • Melancarkan pengeluaran susu ibu & perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).
  • Mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir)
  • Mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya)

LGolchekan Zamani 400Ml ~ RM12


UNTUK TEMPAHAN, SILA HUBUNGI:
Al-Arif Foods Industry
013-3978857 

Cuka Buah-buahan (Khal)


Ummu Said RA dari Nabi SA : Sebaik-baik lauk ialah cuka. Ya Allah berkatilah pada cuka. Sesungguhnya ia adalah lauk para nabi sebelumku, dan tidak akan menjadi fakir orang yang
di dalam rumahnya  terdapat cuka. Riwayat Ibnu Majah.



Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasullullah S.A.W meminta lauk kepada keluarganya. 
Mereka berkata "tiada lauk, hanya ada cuka sahaja". 
Lalu baginda meminta cuka dan memakannya. Baginda berkata : 
"Sebaik-baik lauk ialah cuka, sebaik-baik lauk ialah cuka". Riwayat Muslim.



"Ya Allah, berkatilah cuka kerana ia adalah makanan para Nabi sebelumku" 
(Hadis Riwayat: Ibnu Majah)

Khal (cairan cuka dari buah-buahan) mempunyai sejarah amalan penggunaan yang unik. Khal merupakan minuman kesihatan yang benar-benar tulen. Apa sahaja minuman beralkohol, jika dibiarkan terdedah kepada udara secukupnya akan bertukar kembali secara semula jadi menjadi Khal. Bakteria terkawal sedia ada dalam udara memungkinkan proses ini berlaku, menukarkan apa sahaja cairan buah-buahan menjadi asid asetat seterusnya menjadi khal, memberikan khal rasa masam tajam. Jadi adalah tepat dikatakan manusia telah mengenali khal semenjak sebelum sejarah cuka dan arak mula-mula ditulis dan dicatat pengkaji.

Manfaat Khal Dalam Peradaban Silam Dunia
Penemuan bertulis khal dicatat sekitar 5000 sebelum Masihi, apabila Babylon mula-mula menggunakan tamar (kurma) untuk dijadikan wine dan cuka. Khal ketika itu digunakan sebagai makanan dan pengawet organik. Kesan khal ditemui pada serpihan bekas tinggalan kota Mesir purba sekitar 3000 sebelum masihi. Begitu juga sejarah amalan khal di China sekitar 1200 sebelum masihi.

Di zaman Greek kuno, sekitar 400 sebelum Masihi, Hippocrates, bapa perubatan moden menggunakan khal bercampur madu untuk mengubati pelbagai penyakit, termasuk demam selesema dan batuk.

Khal dan Faedah Ketenteraan
Sejarah amalan khal menyediakan pelbagai contoh penggunaan kepada para pahlawan dan tentera. Khal yang dicairkan telah digunakan sebagai minuman pemberi tenaga (tonik tenaga) kepada tentera berkurun lamanya. Tentera Roman menamakan khal minuman pemulih tenaga sebagai 'posca', dan mengamalkan khal secara berterusan seperti juga samurai Jepun. Tambahan khal dalam air minuman membantu dalam membunuh sebarang bakteria infeksi (jangkitan) kemungkinan wujud dalam badan.

Sepanjang sejarah, sifat antiseptik khal secara semulajadi menyebabkan khal digunakan sebagai pembersih dan disinfektan pada bahagian luka seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. Khal juga diguna dalam Perang Sivil Amerika dan hingga akhir era Perang Dunia Pertama.

Penggunaan Luarbiasa Cuka Buah
Sekitar 40 sebelum Masihi, permaisuri Cleopatra semasa perayaan menyambut jeneral Rom, Mark Anthony, baginda melarutkan mutiara kedalam cairan khal, sebelum meminum khal tersebut. Sebagai tanda baginda mampu mengadakan pesta mahal hanya untuk mereka berdua.

Pada 1721, wabak Bobonic (Bubonic Plague) menular di Perancis, begitu tragik sehinggakan banyak mayat dibiarkan sahaja di mana-mana tidak dikebumikan. Untuk menyelesaikan masalah ini, penguasa Perancis mengarahkan pesalah yang sedang menunggu hukuman mati untuk menguruskan mayat yang dijangkiti. Ramai banduan mati kecuali satu pasukan pencuri empat orang, mereka terselamat dengan meminum khal bersama bawang putih dalam kuantiti yang banyak dalam sehari.

Dengan merendam span ke dalam khal dan diletakkan di depan hidung semasa berjalan, aristokrat Eropah abad ke-17 dan ke-18 berjaya menghindari bau busuk sampah dan air longkang di jalanan kota.