Monday 29 September 2014

Cara Mencegah Jaundis (Demam kuning)

Kita selalu mendengar bayi yang baru lahir menghidap jaundice atau demam kuning. Kasihan melihat bayi yang baru lahir terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ditambah pula dengan keadaan ibu yang masih belum sihat sepenuhnya. Lebih teruk apabila ibu dan bayi terpaksa di tahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi ( diletak di bawah lampu biru). Jaundice terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan.

Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir lebih cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadangkala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Jaundice tidak merbahaya kepada bayi tetapi akan menjadi bahaya jika tidak dikawal lebih awal. Mungkin petua dan amalan yang akan kami kongsikan ini dapat membantu para ibu untuk mngelak dan mengubati jaundice.

Antara amalan ibu mengandung yang boleh mengelakkan jaundice :

Pastikan ia adalah madu lebah asli

1. Makan 3 sudu madu tanpa air atau meminum air madu 5 sudu setiap hari.

Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu

2. Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari. Seelok-eloknya semasa sarapan dan sebelum tidur.

Jus delima juga terdapat dalam bentuk yang sudah diproses

3. Mengamalkan minum jus delima paling kurang 500ml sehari

3 biji buah kurma dapat mengeyangkan perut sehingga waktu tengahari

4. Mengamalkan makan buah kurma sebagai sarapan

Air kelapa lebih mujarab jika tak letak gula

5. Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Di samping baik untuk bayi, air kelapa juga dapat mengelakkan jaundice.

Mengusap perut isteri oleh suami amat digalakkan

6. Suami digalakkan mengusap perut isteri sambil berselawat sebanyak mungkin.

Amalan di atas sesuai jika ibu sedang mengandung.

Semoga bermanfaat!

Sunday 25 May 2014

CENDERAMA ISTIMEWA UNTUK YANG TERISTIMEWA

20jenis buah buahan campuran sebagai cenderamata utk yang teristimewa :-)

RM20.00satu set (tidak termasuk kos pos)


Untuk tempahan, sila hubungi 0133978857 (tel.sms.whatsapp)



Wednesday 21 May 2014

CENDERAMATA UNTUK MAJLIS WALIMATULURUS, KENDURI KESYUKURAN dll...

10biji peanut candy didalam raga
4 warna pilihan - putih-hijau-biru-pink
RM8.00satu




untuk tempahan sila hubungi Al-Arif Foods Industry di no 0133978857/0132048857terima kasih

Tuesday 20 May 2014

Tuesday 22 April 2014

GARAM DAN KELEBIHANNYA (II)

Garam Bukit Tulen sebagai minuman Kesihatan

LARUTAN TEPU GARAM BUKIT TULEN (SOLE BRINE) TERAPI KRISTAL

Tubuh manusia memerlukan garam termasuk elemen-elemen kelumit. Meminum larutan garam dari hablur garam bukit tulen dapat merangsang sistem pencernaan dan metabolisma. Larutan ini juga dipercayai :

1) Menyumbang tenaga semulajadi yang tersimpan dalam struktur hablur garam dan tubuh dapat menggunakannya selama 24 jam.
2) Membantu memperseimbang kealkalian / keasidan dalam tubuh dan meneutralkan tekanan darah.
3) Membantu melarutkan dan menyah mendapan yang boleh mengakibatkan pembentukan "batu" dan pelbagai jenis rheumatisme seperti arthritis, batu hempedu dan batu karang.
4) Membantu meredakan rasa ketagihan. Ketagihan gula dan alkohol hilang sebaik sahaja pengambilan awal larutan tepu garam bukit tulen.

Profesor Peter Ferreira, seorang pakar biofizik berbangsa German telah menjalankan beberapa jenis ujian-ujian klinikal ke atas pesakit-pesakit yang mengambil larutan tepu Garam Bukit pada setiap hari dan Melaporkan keputusan berikut:

a) Pesakit-pesakit mengalami kehilangan Logam-logam berat dari tubuh seperti Plumbum, Merkuri(Raksa) dan Arsenik
b) Pengungkaian enapan-enapan Kalsium
c) Proses detoksifikasi perlahan tetapi berkesan
d) Memperseimbang pH darah.

RENDAMAN KAKI GARAM BUKIT TULEN TERAPI KRISTAL

Rendaman kaki Garam Bukit Tulen Terapi Kristal sangat sesuai digunakan semasa sedang berehat sambil menonton TV dan membaca. Ia sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan. Kekerapan menggunakannya dapat mengembalikan kesegaran anda.

1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan.
2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah.
6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak
7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau
8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping mengaktifkan perjalanan darah.
9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout

Amalan mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.Berendam dengan air garam bukit tulen akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.


PENGGUNAAN GARAM BUKIT DALAM RAWATAN SIHIR DAN SAKIT2 BADAN



Rendaman kaki ke dalam air panas atau sejuk bercampur garam untuk rawatan makhluk halus dan sakit kaki / tumit / kebas / sakit lutut.

Rasulullah saw melarang kita untuk menyimbah air panas dari tempat tinggi takut menyakiti dan menzalimi jin2 yang tidak berdosa,..

Ini bermakna; air panas mampu menyakitkan jin2 di alam sana… lalu kaedah merendam kaki dengan air panas berisi garam mampu menyakitkan jin2 yang ZALIM yang berada dalam badan manusia;

1) Jerang air. Suhu sepanas yang kaki kita tahan.. Jangan sampai melecur dan jangan hanya suam2 kuku.

2) Masukkan ke dalam baldi / besen. Kuantiti sehingga merendam buku lali.

3) Campurkan 3 sudu / setengah cawan garam bukit.

4) Rendam kaki. Bermula dengan tumit dahulu.. Jika tumit mampu menahannya maka seluruh kaki mampu menahannya.

5) Rendam kaki setengah jam / sejam. Jika air menjadi sejuk.. tambah lagi air panas semasa proses rendaman tersebut.

Insya Allah anda akan mendapati gangguan anda semakin kurang apa lagi kalau dicampur air ruqyah dan sambil mendengar cd ruqyah..

Teknik ini juga boleh diselang selikan dengan rendaman air sejuk / air batu bercampur garam juga…

PENGGUNAAN GARAM BUKIT DALAM RAWATAN RESDUNG

Satu penyakit yang boleh dikatakan semua orang ada... Cuma yang berbeza antara individu adalah kuat atau tidak sahaja...

Berdasarkan pengalaman A:-
Saya adalah penghidap resdung tegar maka telah 1001 rawatan yang saya cuba sejak di bangku sekolah lagi..... Dari rokok resdung sampai la ke herba dimasuk ke dalam hidung..... nampaknya semuanya kurang berkesan lebih-lebih lagi kalau dah tumbuh polip (yang menghalang pernafasan)... sehinggalah......Saya sampai ke bumi barakah Syam as Syariff... Syria..... Seorang akhawat  dari Singapura memberi tahu saya bahawa Maulana Sheikh  menyarankan rawatan dengan menggunakan air garam yang disedut ke dalam hidung...

Caranya....
1) Satu sudu teh garam (terutamanya garam bukit dicampurkan dengan secebok air suam). Garam sebenarnya adalah antiseptik; pembunuh kuman yang aktif!!!
2) Bacalah al Fatihah, ayat Qursiy dan selawat syifa' 3 kali dan tiup ke dalam air tersebut, hingga habis nafas sambil berniat untuk kesihatan 'hidung'.
3) Sedut seumpama istinsya' (perbuatan memasukkan air ketika wudu') beberapa kali.
4) Ulang 3 kali sehari.... sehingga reda... Sebolehnya jangan ditinggalkan amalan ini sepertimana anda menggosok gigi....
5) Tawakkal kepada Allah... Insya Allah sembuh...

Cara yang kedua.....: Sheikh Nazim juga menyarankan agar dimasukkan sedikit minyak zaitun dan cili yang dipanaskan sedikit ke dalam hidung... Tetapi cara ini agak menyakitkan...

Di Barat, mereka menggunakan kaedah 'nasal pot' yang menggunakan garam bukit untuk rawatan sinus...

Bezanya mereka memasukkan air garam ke dalam lubang hidung sebelah kanan dan mengeluarkannya melalui lubang hidung kiri dan begitulah sebaliknya... cuba lhat video dibawah



terima kasih kepada pusat rawatan islam kiswah :-)

GARAM & KELEBIHANNYA

AMALAN RASULULLAH S.A.W MEMAKAN SECUBIT GARAM SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN KINI DIBUKTIKAN OLEH SAINS BAHAWA TABIAT INI MENAMBAHKAN KEBERKESANAN PERUT UNTUK MENGHADAM MAKANAN DAN MENGHINDARKAN PERUT DARI MENYERAP RACUN.

Dari Abdullah Bin Umar...
Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam”


Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya . Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda 
” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam ."

Hadis riwayat Ibnu Majah
Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam ”

Hadis riwayat Al – Bazzar.



Santau dapat di halang dengan MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI S.A.W.

Kita Disogok dengan fakta palsu... Ambik garam lebih boleh kena darah tinggi (Ini protokol yahudi) Back to cara hidup nabi... Sebelum makan nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan... Sampai di tempat baru...nabi ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru...

Untuk ubat penyakit rohani.. Air perlu di campur garam terutama sihir dan santau...kenapa? Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumh atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling umah.

Garam juga unsur yang boleh balance balik sistem tubuh kita...ini sunnah kita... Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak...Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan gelegak atas dapur, tutup api dan biar suhu turun dulu baru letak garam... kita panggil bubuh garam atas darat mcm org arab buat... Bubuh garam masa nak mkn. Sebab? garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih.. kalau panas garam hanya tinggal sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.

Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dn dletakkn ke lidah bhgian depan. Ianya akn mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman. Wallahu'alam. Khasiat Garam dalam Perubatan Islam Ini ada beberapa petua penggunaan dan khasiat garam...

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya.Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.
4 .Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.
5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.
6 .Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
8 .Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.
9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan.
Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.
10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah.

Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah Beza Garam Putih, Garam Bukit & Garam Semulajadi Perbezaan di antara garam bukit yang didakwa garam 'asli' dan garam semulajadi dari pergunungan Himalaya serta garam laut. Ramai yang terkeliru dengan jenis-jenis garam yang terdapat di pasaran hari ini dan mereka kurang mendapat maklumat tentang mana satu yang terbaik untuk tubuh kita. Garam ialah sejenis mineral. Dalam bahasa kimia, ia dipanggil sodium klorida.

Garam menambah perisa kepada makanan dan sebagai bahan pengawet. 

TAHUKAH ANDA? Garam adalah satu-satunya jenis 'BATU' yang boleh dimakan manusia. Apa saja jenis garam sama ada garam bukit, garam laut atau garam putih datang dari alam semulajadi. Kaedah pemprosesan selepas itu menjadikan garam-garam ini berbeza. Garam putih berasal dari lautan atau batu dari gunung.

Friday 18 April 2014

BUNGA CENGKIH

Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum mengandungi bahan bahan seperti manganese ,bitamin c, bitamin k,omega 3 (fatty acid),magnesium,kalcium dan fiber yang tinggi.Lain lain kandungan ialah Bacetyl eugenol, beta- caryophyllene and vanillincrategolic acidtannins, gallotannic acidmethyl salicylate (painkiller); flavonoids eugeninkaempferol,rhamnetin, dan eugenitin; triterpenoids like oleanolic acidstigmasterol dancampesterol; dan sesquiterpenes.[9] . Bunga cengkih ini mengeluarkan aroma disebabkan bahan aktif nya yang bernama eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai nilai antiseptic dan juga "anaesthetic" .

KHASIAT BUNGA CENGKIH.

1 Menguatkan Paru Paru dan sistem pernafasan.

2. Menguatkan jantung
3. Kesihatan Mata
4. Ketahanan Gigi

5. Menguatkan Ingatan

6. Menghilangkan Sakit Gigi
Caranya : Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. Boleh di kunyah bersama halia.

7. Menghilangkan rasa mual dan pening
Caranya : Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih

8. Menghilangkan Bau Mulut
Caranya : Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum atau tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih lakukannya tiga hari sekali

9. Menghilangkan Bau Peti Sejuk
Cara nya: Untuk menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.

10.
 Radang Hati
Cara nya : Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.

11. Selsema
Caranya :Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.

12. Sembelit
Caranya : Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.

13. Mengelak Semut
Cara : Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.

14. Zahir Batin
Masakkan bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urutkan minyak tersebut pada alat kelamin lelaki beberapa ketika sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal wanita.

15. Berhenti Merokok
Caranya : gigit sedikit bunga cengkih setiap kali lepas makan atau minum untuk gantikan rokok. Jangan banyak nanti pecah lidah - panas. Amalkan setiap hari sehingga anda dapat melupakan rokok. Insya Allah jadi.





Dengan kaedah moden sekarang cengkih telah pon diproses menjadi minyak. Hanya gunakan putik kapas, celup ke dalam minyak kemudian letakkan di gigi yang sakit@berlubang. sangat berkesan untuk meredakan kesakitan gigi.


Tuesday 15 April 2014

INFO KESIHATAN:- APA ITU FLORIDA? (ii)

Bahaya Florida Dalam Ubat Gigi


Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.
MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai “ubat baru yang tidak diluluskan” kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya. Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai “ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan” disebabkan kadar keracunannya tinggi. Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi. Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.
MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.
KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah “Dental Fluorosis” (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.
PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat. Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia.
AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya: “WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY.”
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”
FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:
  • Kematian
  • Kanser
  • Ruam Kulit
  • Luka Kanser
  • Kelunturan Warna Gigi
  • Masalah Gastrik
  • Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
  • Keracunan Saraf
  • Kanser Tulang
  • Keretakan Tulang
  • Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
  • Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit
BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?
SEMESTINYA! Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

INFO FLORIDA

INFO KESIHATAN:- APA ITU FLORIDA?

Florida: Baik atau Merbahaya?


"Ubat gigi bukan hanya perlu Halal, malah ia mesti mengandungi florida"...kata seorang lelaki berpakaian serba putih lagak seperti seorang doktor gigi kepada seorang pesakit. Begitulah adegan dan dialog yang terdapat di dalam iklan televisyen tempatan mempromosi sebuah jenama ubat gigi.

Bagi masyarakat umum, tidak ramai yang tahu apa itu florida sebenarnya dan apa faedahnya kepada mereka. Malah mungkin kebanyakan orang sudah terpengaruh dengan iklan tersebut lalu memilih untuk menggunakan ubat gigi yang mengandungi florida tanpa mengerti sedikitpun tentang bahan itu.

Florida pada asalnya diakui adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk menghalang kerosakan gigi. Ia telah digunakan sejak lebih 60 tahun yang lalu. Di Amerika, bekalan air domestik yang dicampur dengan florida telah berjaya mengurangkan masalah kerosakan gigi penduduk Amerika.

Walaupun begitu, ia hanyalah hasil yang diperolehi 2 dekad yang lalu. Pada abad ke 20- ini, penggunaan florida hari ini telah mendatangkan komplikasi kesihatan yang besar. Kenapa? Para pengkritik bidang perubatan berpendapat, keberkesanan penggunaan florida di dalam ubat gigi tidak pernah dibuktikan. Malah ia boleh menjadi merbahaya apabila diambil dengan memberi kesan neurotoksin, kanser dan florosis.

Dalam sebuah kajian yang dilakukan ke atas tikus mendapati pelbagai tahap neurotoksin apabila tikus didedahkan kepada florida. Kajian pertama terbesar yang membuktikan florida menyebabkan neurotoksin dilakukan oleh Dr. Phyllis Mullenix pada tahun 1995. Semua teori awal oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini tentang 'kebaikan' florida didapati TERBUKTI SALAH. Tikus yang diberi minum air berflorida didapati bertindak diluar jangkaan berbanding tikus yang tidak diberi air berflorida.

Kajian lain juga mendapati florida menurunkan tahap I.Q kanak-kanak, selepas diambil kira faktor-faktor lain seperti tahap pendidikan ibu bapa dan pendapatan keluarga.

Dalam kebanyakan kajian yang mendakwa florida tiada kaitan dengan kanser, ia sama banyak dengan kajian yang mendakwa sebaliknya. Ada kajian terbaru menunjukkan pertambahan pesakit kanser di kawasan bandar-bandar besar yang dibekalkan dengan air berflorida.

Florosis adalah kesan dari pengambilan florida yang berlebihan. Meminum air berflorida dan menggunakan ubat gigi berflorida merupakan antara faktor-faktor utama orang ramai terdedah kepada florida. Florosis menghasilkan hakisan gigi dan merosakkan enamel.

Di Kanada penggunaan florida adalah dikawal dengan ketat di mana penggunaan florida di dalam ubat gigi untuk kanak-kanak adalah sangat minimum.

Kesan jangka panjang yang lebih serius dari florosis adalah terhadap tulang.

Kesan-kesan buruk ini telah mengatasi faedahnya, meskipun para doktor gigi dan pakar kesihatan tidak bersetuju. Pengetahuan individu sebegini adalah penting untuk kita mengelak dari penggunaan florida demi membuat pilihan yang terbaik.

INFO INFO FLORIDA

Tuesday 8 April 2014

SUSU SEGAR KAMBING (BAKA JAMNAPARI)

Susu kambing merupakan makanan semulajadi hampir kepada makanan sempurna yang berkhasiat dan penuh dengan kesegaran. Kandungan kalsium dan vitamin yang tinggi dan kurang laktosa berbanding susu ternakan domestik yang lain. Struktur kimianya adalah bersamaan dengan susu ibu.



 
Susu kambing asli dari baka Jamnapari.
Tanpa bahan pengawet dan segar dari ladang.
Telah menjalani proses pempasteuran dan homogenasi.
Diproses menggunakan teknologi pemprosesan susu terkini.
Mudah dihadam kerana globul lemaknya lebih kecil.
Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A
Dipercayai mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu kambing mampu membantu mengatasi:
 - Demam Kuning
- Eczema (Penyakit Kulit)
- Gastrik
- Asma (Lelah)
- Insomnia
- Ulcer
- Hepatitis A
- Menambahkan selera makan (kanak-kanak)
- Blue Babies (Kecacatan Jantung Bayi)
- Sakit Jantung (peringkat awal)
- Penyakit Buah Pinggang
- Memulihkan tenaga batin
- Perawatan kulit (Ultraviolet)
- Mudah dihadam kerana globul lemaknya lebih kecil



Monday 7 April 2014

~ 1hb APRIL 2014~ Buah Zuriat...

STOK BUAH ZURIAT SUDAH KEMBALI...

1 PEK MENGANDUNGI 2 BIJI BUAH ZURIAT BERHARGA RM12.00 SAHAJA...



Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa.."

(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).


klik --> BUAH ZURIAT


Monday 31 March 2014

KHASIAT & KELEBIHAN DURIAN BELANDA


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.


Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.


Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

WallahuAlam

Thursday 27 February 2014

PEANUT CANDY - KACANG TUMBUK - KACANG TUMBUK ARAB

PEANUT CANDY - KACANG TUMBUK - KACANG TUMBUK ARAB


dijual secara runcit & juga borong

500gm = RM15
1kg - 10kg = RM25/kg
11kg - 20kg = RM24/kg
21kg - 50kg = RM23/kg
50kg dan keatas, RM22/kg
(harga tidak termasuk kos penghantaran/postage)
Hubungi 0133978857 (tel/sms/whatsApp) utk tempahan yg menjimatkan anda!

FB: https://www.facebook.com/bazartamaralarif

--> klik untuk belian online

Web: www.alarif.com.my

Blog: http://bazartamar.blogspot.com/

Wednesday 26 February 2014

BARAKAH-kapsul minyak habbatussauda...

Promosi-Jualan Murah...
Kapsul habatussauda jenama BARAKAH keluaran pharmaniaga
Harga promosi RM12.00sekotak, biasa RM14.90sekotak...
6kotak RM72, + postage rm6 =rm78.00...masih lg jimat sebanyak rm11.40...
Hubungi 0133978857 utk tempahan yg menjimatkan anda!