Saturday 2 February 2013

KHASIAT MADU


Madu adalah sejenis manisan yang dihasilkan oleh tumbuhan biasanya melalui bunga. Ia bertujuan bagi menarik haiwan pendebunga seperti kelawar, kupu-kupu, rama-rama, lebah & lalat untuk melakukan pendebungaan. Lebah yang mengumpul madu bunga menghasilkan beberapa jenis madu, antaranya adalah madu putih, keemasan dan hitam.
Madu banyak dihasilkan semula dalam pelbagai warna, rasa dan bau oleh lebah madu dimana pengeluaran madu dari jenis tersebut banyak digunakan oleh manusia. Madu yang dihasilkan semula oleh lebah yang lain atau juga serangga yang lain mempunyai nilai kegunaan yang berlainan.
Lebah madu menghasilkan madu dari nektar yang dimakan kemudiannya nektar tersebut dicerna dalam sistem pencernaan mereka. Madu yang terhasil merupakan cecair salivari atau air liur mereka yang kemudiannya disimpan sebagai sumber makanan utama bagi mereka dalam bentuk jeli atau wax yang disimpan dalam sarang heksagon mereka. Pemungut Madu biasanya akan menjalankan aktiviti penggalakan penghasilan madu yang lebih oleh lebah yang terdapat di ladang ternakan lebah mereka, serta setiap kali mereka ingin memungut madu untuk dijual atau dimakan, pemungut madu akan memastikan sedikit blok madu ditinggalkan dalam setiap sarang ternakan bagi membolehkan lebah memakan madu tersebut dan mengekalkan koloni lebah tanpa menyebabkan ancaman kepupusan.
Madu adalah sejenis pemanis monosakarida seperti fruktosa dan glukosa dan rasa manisnya hampir sama dengan rasa manis dari sumber pemanis gula granul.Ia mempunyai sifat kimia yang atraktif untuk tujuan pembuatan roti, kek dan biskut, dan mempunyai rasa yang cemerlang dan menarik sehinggakan ramai pengguna madu mengatakan madu lebih manis dari larutan gula pekat dan lain-lain bahan pemanis.Kebanyakan mikroorganisma tidak dapat hidup dan membesar dalam madu asli kerana ia mempunyai aktiviti air yang rendah kira-kira 0.6. Kerana itu madu diklasifikasikan sebagai makanan yang lambat rosak dan hampir tidak rosak atau tidak basi. Walaubagaimanapun, madu kadang-kala mengandungi  endospora bakteria dari spesies Clostridium Botulinum, dimana sangat merbahaya pada janin dimana endospora bakteria mampu menghasilkan toksin-hasilan bakteria dalam sistem intestinal janin pra-matang, yang membawa kepada penyakit dan seterusnya kematian.


Penggunaan madu dalam sejarah manusia dalam pelbagai jenis makanan, minuman, pemanis, perasa malah barangan kegunaan harian seperti bahan zat tambahan dalam kosmetik dan ubat-ubatan telah lama diadaptasikan. Madu juga mempunyai nilai dan sumbangan dalam agama dan simbol yang tersendiri. Madu telah banyak digunakan dalam pelbagai tradisi perubatan samada moden mahupun tradisional juga dikatakan mampu menjadi penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit. Kajian mengenai debunga dan spora dalam madu mentah ( melissopalinologi) dapat diterangkan dalam sumber flora madu.Ini kerana lebah mampu membawa cas elektrostatik, dan mampu menarik zarah-zarah yang lain, teknik sama melissopalinologi yang digunakan dalam kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.



ANTARA KHASIAT MADU

  • Untuk PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS) Madu boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
  • Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah.
  • Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
  • Memulihkan sel-sel urat besar.
  • Menghindarkan badan letih dan lesu, menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
  • Merangsang  & menguatkan tenaga batin.
  • Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
  • Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
  • Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
  • Menyembuh dengan segera cirit-birit.
  • Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
  • Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
  • Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
  • Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
  • Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
  • Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
  • Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan.
  • Mengurangkan kesakitan bila datang haid.
  • Membantu menerangkan pemandangan.
  • Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.


CARA AMALAN

  • Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
  • Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
  • Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
  • Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
  • Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
  • Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
  • Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
  • Madu yang dicampurkan bersama habbatussauda yang telah dihancurkan merupakan penawar terbaik untuk penyakit BATU KARANG.
SAPULAH MADU ASLI JIKA ANDA :-
  • Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
  • Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain.
  • Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
  • Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.


AMARAN: PENGGUNAAN SUDU BESI BOLEH MENJEJASKAN KHASIAT MADU ASLI. GUNAKAN SUDU PLASTIK / KAYU SAHAJA.

* TIPS MENGUJI KETULENAN MADU ASLI:
Ambil sesudu madu & diletakkan kedalam sebiji mangkuk putih. Tambahkan air kosong sedikit, kemudian ayakkan mangkuk berisi madu & air tadi... MADU yang betul-betul ASLI akan berubah bentuk menjadi sarang lebah. Inilah keajaibah Allah S.W.T...

PRODUK-PRODUK MADU
MADU ASLI AL-SHIFA, Jeddah Arab Saudi

LATEST FEBRUARI,2013
1kg     ~ RM55 RM50
500ml ~ RM35 RM25
250ml ~ RM25 RM15
125ml ~ RM12 RM10

MADU HABBATUSSAUDA ( Mesir )

~ RM45
untuk tempahan, sila hubungi:-
Al-Arif Foods Industry
013-3978857

2 comments: