Saturday 30 July 2011

CUKA ANGGUR


KHASIAT CUKA ANGGUR


  • Dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dan mencegah pengoksidaan kolesterol LDL(kolesterol jahat).
  •  Dapat mencegah dari risiko serangan penyakit jantung dan strok.
  • Mengawal paras gula dalam darah (untuk penghidap kencing manis sangat digalakkan).
  • Membantu penyerapan kalsium & menentang bakteria berbahaya. 
  • Melancarkan sistem penghadaman.
  • Melangsingkan badan dan mengembalikan keremajaan kulit (awet muda).
  • Merawat radang kulit dan keadaan kulit yg merekah dan pecah-pecah. 
  • Meredakan masalah keletihan dan sakit-sakit badan serta memudahkan tidur.
  • Meredakan sakit kepala, hidung tersumbat dan asthma.
  • Boleh melangsing badan & meremajakan sel-sel kulit, caranya sama seperti menggunakan cuka epal & kurma - masukkan 2 sudu besar cuka angggur bersama 1 sudu besar madu ke dalam segelas air kosong, kacau sebati & minum (3 kali sehari = sebelum sarapan, makan tengahari & makan malam).
  • Membantu penyerapan kalsium, mengawal paras gula darah, melancarkan penghadaman & menentang bakteria berbahaya (sangat digalakkan untuk pengidap kencing manis)
  • Gosokkan cuka anggur ke bahagian kulit yg berselulit untuk menguraikan kolesterol yg tersumbat.. kulit beransur lembut, licin & cerah!
  • Ratakan campuran cuka anggur & air mineral ke seluruh wajah anda menggunakan pad kapas (seperti memakai ‘toner’) untuk menghilangkan kesan ‘sunburn’, mengecilkan pori-pori yg terbuka, mengeringkan jerawat & mengawal kulit berminyak. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas bersih. Lakukan setiap malam sehingga nampak kesan.. pejam mata ketika melakukannya untuk elak pedih mata.
  • 1 sudu besar cuka anggur dikacau bersama segelas air & diminum sebelum tidur boleh meredakan masalah keletihan & sakit2 badan serta memudahkan tidur.
  • Berkumur dgn sedikit cuka anggur dapat menghilangkan sakit tekak! Masukkan 1 sudu besar cuka anggur ke dalam 1/2 gelas air, kacau & kumur (..juga dapat mencegah jangkitan bakteria).
  • Jika anda sakit kepala, masukkan 2 sudu besar cuka anggur ke dalam 1 mangkuk air panas & wapkan muka anda sambil pejamkan mata.. InsyaAllah dapat meredakan sakit kepala, hidung tersumbat & asma serta boleh merawat masalah bintik-bintik hitam pada kulit wajah!
  • Cara membuang kutil / ketuat. Celupkan bola kapas ke dalam 1 sudu besar cuka anggur, kemudian tekapkan pada kutil / ketuat, kemudian lekatkan dgn medical tape, biar semalaman (bawa tidur), cuci bersih keesokan pagi. Ulang setiap malam sehingga kutil / ketuat tanggal. (bahagian bermasalah itu hendaklah dicuci bersih sebelum & selepas rawatan) 



Cuka Anggur  500ml ~ RM13 


UNTUK TEMPAHAN, HUBUNGI
Al-Arif Foods Industry
013-3978857

Cuka Epal


KHASIAT CUKA EPAL 


·         Menurunkan tekanan darah tinggi
·         Memecahkan molekul lemak dan membantu proses penurunan berat badan.
·         Jangkitan sinus (resdung)
·         Melegakan selesema
·         Menyembuhkan jerawat
·         Menurunkan kolesterol
·         Mengatasi keletihan kronik
·         Melegakan Sakit  ulu hati
·         Melegakan Sakit tekak
·         Artritis (bengkak sendi)
·         Menyembuhkan reumatik
·         Menyembuhkan osteoporosis
·         Melancarkan peredaran darah
·         Menyembuhkan Gout
·         Bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah penyebaran bakteria



Cuka Epal 500ml ~ RM15


I

UNTUK TEMPAHAN,  HUBUNGI
Al-Arif Foods Industry 
013-3978857

CUKA DELIMA





KHASIAT CUKA DELIMA
  • Membantu melancarkan peredaran darah dalam badan.
  • Melindungi & mengurangkan risiko daripada penyakit jantung (serangan jantung) atau penyakit hati, strok, tekanan darah tinggi, serangan penyakit kardiovaskular & kencing manis
  • Membantu menstabilkan paras kolestrol
  • Mempunyai tahap antioksidan yang tinggi
  • Unsur flavonoids melindungi otak & menguatkan memori
  • Memberi & merangsang tenaga batin
  • Memperbaiki kitaran darah & menguatkan sistem pertahanan badan
  • Mengurangkan risiko penyakit kencing manis\Menghalang kemasukan virus HIV-1 & microbicide
  • Mengurangkan pembentukan plak & menguatkan kesihatan gigi
  • Merawat sakit perut akibat gás, asid & angin
  • Meningkatkan kesuburan rahin (wanita) & membantu masalah disfungsi ereksi (lelaki)
  • Mengelakkan kanser kelenjar prostat & kanser payudara
  • Meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin)
  • Mengatasi masalah kekeringan pada vagina wanita. Menjadikan vagina lebih subur dan lembap
Cuka Delima  500ml ~ RM28

UNTUK TEMPAHAN,  HUBUNGI
Al-Arif Foods Industry 
013-3978857

CUKA KURMA


KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
  • Merawat masalah penyakit lemah jantung, kencing manis, darah tinggi & kolestrol
  • Dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser)
  • Mencuci darah & membaiki masalah pencernaan di perut
  • Masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari matahari
  • Mengimbangi tahap asid-alkali & mengeluarkan lebihan garam (toksik)  di dalam badan
  • Menguatkan gigi, mata, telinga & tulang
  • Mengatasi masalah gastrik di perut
  • Membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu
  • Mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
  • Melancarkan pengeluaran susu ibu & perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).
  • Mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir)
  • Mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya)

LGolchekan Zamani 400Ml ~ RM12


UNTUK TEMPAHAN, SILA HUBUNGI:
Al-Arif Foods Industry
013-3978857 

Cuka Buah-buahan (Khal)


Ummu Said RA dari Nabi SA : Sebaik-baik lauk ialah cuka. Ya Allah berkatilah pada cuka. Sesungguhnya ia adalah lauk para nabi sebelumku, dan tidak akan menjadi fakir orang yang
di dalam rumahnya  terdapat cuka. Riwayat Ibnu Majah.



Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasullullah S.A.W meminta lauk kepada keluarganya. 
Mereka berkata "tiada lauk, hanya ada cuka sahaja". 
Lalu baginda meminta cuka dan memakannya. Baginda berkata : 
"Sebaik-baik lauk ialah cuka, sebaik-baik lauk ialah cuka". Riwayat Muslim.



"Ya Allah, berkatilah cuka kerana ia adalah makanan para Nabi sebelumku" 
(Hadis Riwayat: Ibnu Majah)

Khal (cairan cuka dari buah-buahan) mempunyai sejarah amalan penggunaan yang unik. Khal merupakan minuman kesihatan yang benar-benar tulen. Apa sahaja minuman beralkohol, jika dibiarkan terdedah kepada udara secukupnya akan bertukar kembali secara semula jadi menjadi Khal. Bakteria terkawal sedia ada dalam udara memungkinkan proses ini berlaku, menukarkan apa sahaja cairan buah-buahan menjadi asid asetat seterusnya menjadi khal, memberikan khal rasa masam tajam. Jadi adalah tepat dikatakan manusia telah mengenali khal semenjak sebelum sejarah cuka dan arak mula-mula ditulis dan dicatat pengkaji.

Manfaat Khal Dalam Peradaban Silam Dunia
Penemuan bertulis khal dicatat sekitar 5000 sebelum Masihi, apabila Babylon mula-mula menggunakan tamar (kurma) untuk dijadikan wine dan cuka. Khal ketika itu digunakan sebagai makanan dan pengawet organik. Kesan khal ditemui pada serpihan bekas tinggalan kota Mesir purba sekitar 3000 sebelum masihi. Begitu juga sejarah amalan khal di China sekitar 1200 sebelum masihi.

Di zaman Greek kuno, sekitar 400 sebelum Masihi, Hippocrates, bapa perubatan moden menggunakan khal bercampur madu untuk mengubati pelbagai penyakit, termasuk demam selesema dan batuk.

Khal dan Faedah Ketenteraan
Sejarah amalan khal menyediakan pelbagai contoh penggunaan kepada para pahlawan dan tentera. Khal yang dicairkan telah digunakan sebagai minuman pemberi tenaga (tonik tenaga) kepada tentera berkurun lamanya. Tentera Roman menamakan khal minuman pemulih tenaga sebagai 'posca', dan mengamalkan khal secara berterusan seperti juga samurai Jepun. Tambahan khal dalam air minuman membantu dalam membunuh sebarang bakteria infeksi (jangkitan) kemungkinan wujud dalam badan.

Sepanjang sejarah, sifat antiseptik khal secara semulajadi menyebabkan khal digunakan sebagai pembersih dan disinfektan pada bahagian luka seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. Khal juga diguna dalam Perang Sivil Amerika dan hingga akhir era Perang Dunia Pertama.

Penggunaan Luarbiasa Cuka Buah
Sekitar 40 sebelum Masihi, permaisuri Cleopatra semasa perayaan menyambut jeneral Rom, Mark Anthony, baginda melarutkan mutiara kedalam cairan khal, sebelum meminum khal tersebut. Sebagai tanda baginda mampu mengadakan pesta mahal hanya untuk mereka berdua.

Pada 1721, wabak Bobonic (Bubonic Plague) menular di Perancis, begitu tragik sehinggakan banyak mayat dibiarkan sahaja di mana-mana tidak dikebumikan. Untuk menyelesaikan masalah ini, penguasa Perancis mengarahkan pesalah yang sedang menunggu hukuman mati untuk menguruskan mayat yang dijangkiti. Ramai banduan mati kecuali satu pasukan pencuri empat orang, mereka terselamat dengan meminum khal bersama bawang putih dalam kuantiti yang banyak dalam sehari.

Dengan merendam span ke dalam khal dan diletakkan di depan hidung semasa berjalan, aristokrat Eropah abad ke-17 dan ke-18 berjaya menghindari bau busuk sampah dan air longkang di jalanan kota.




    Wednesday 13 July 2011

    KHASIAT BUAH & MINYAK ZAITUN


    Ianya dijadikan kayu sugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAW sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah yang berbumyi: “Sebaik-baik kayu sugi ialah zaitun,Ia adalah pokok kayu berkat. Ia membersihkan mulut dan menghilangkan kuning-kuningan gigi. Ia adalah kayu sugiku dan kayu sugi para 
    nabi sebelumku.”

    Rasulullah juga bersabda yang berbunyi : “Gunakanlah minyak Zaitun untuk masak makanan ,berminyaklah dengannya untuk rambut,badan dan seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang berkat.”

    Dalam masyarakat moden hari ini , minyak zaitun digunakan dalam berbagai-bagai kegunaan termasuklah dijadikan sabun mandi untuk melembutkan kulit dan sebagai minyak rambut untuk melebatkan rambut.

    ANTARA KHASIAT BUAH ZAITUN:
    • Membaik pulihkan perut
    • Mengeluarkan cacing
    • Menjadi penawar racun
    • Minyaknya menghaluskan kulit
    • Minyaknya melambatkan tumbuh uban
    • Menghilangkan melecur kena api

    MINYAK ZAITUN

    Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan. Minyak Zaitun terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
    1.     Extra Virgin Olive Oil
    Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.
    2.   Virgin Olive Oil
    Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.
    3.   Olive Oil
    Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.


    KHASIAT MINYAK DARA ZAITUN
    • Boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah & menstabilkan kadar tekanan darah tinggi.
    • Minyak dara zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
    • Boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan proses pemutihan uban.
    • Boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual.
    • Amat berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam.
    • Amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.
    • Minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

    CARA AMALAN
    Minum 1 -2 sudu makan minyak dara Zaitun sebelum sarapan pagi, setiap hari untuk menstabilkan tekanan darah tinggi & menstabilkan kadar kolestrol.
    1.     Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan sebagai amalan. 
    2.     Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
    3.     Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).
    4.     Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

    PRODUK BUAH ZAITUN

    MINYAK DARA ZAITUN ( EXTRA VIRGIN OLIVE OIL )
    • 1ltr      ~ RM42 / botol
    • 500ml ~ RM25 / botol
    • 250ml ~ RM15 / botol
    • 100ml ~ RM7 / botol

    untuk tempahan, sila hubungi:-
    Al-Arif Foods Industry
    013-3978857

    BUAH TIN


    Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.

    Diantara kelebihan buah tin:
    Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

    Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan daun pokok inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.

    Antara Khasiat Buah Tin:
    • Terhidar dari keracunan.
    • Melincinkan tekak & dada.
    • Mencucikan hati & jantung.
    • Membersihkan lendir yang terdapat dalam usus.
    • Jika dimakan bersama buah pala akan tawar racun.
    • Menghilangkan penyakit buasir & melawaskan kencing.
    JIKA dimakan seperti biasa:
    • Dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga.
    • Mempercepatkan pertumbuhan gigi. 
    • Menghilangkan batuk yang berpanjangan.

    PRODUK BUAH TIN


    Buah Tiin Kecil (turki) ~Out of Stocks

    100gm ~ RM3.00
    1kg      ~ RM25.00

     Buah Tiin Besar (iran) ~Out of Stocks
    100gm ~ RM4.00
    1kg      ~ RM35.00












    Buah Tiin Besar (turki)
    100gm ~ RM5.00
    1kg      ~ RM47.00



    Buah Tiin Bes


    ar (organik) ~Out of Stocks
    100gm ~ RM5.00
    1kg      ~ RM45.00

















    untuk tempahan, sila hubungi:-

    Al-Arif Foods Industry
    013-3978857

    Wednesday 6 July 2011

    BUAH KURMA

      Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”





    SEJARAH BUAH KURMA
    Kurma telah menjadi makanan harian Timur Tengah untuk beribu-ribu tahun. Mereka dipercayai berasal dari sekitar Teluk Parsi , dan telah ditanam sejak zaman silam dari Mesopotamia ke prasejarah Mesir, mungkin seawal 4000 SM. Terdapat bukti arkaeologi pada penanaman kurma di Arabia timur pada 6000 SM (Alvarez-Mon 2006).
    Pada zaman kemudiannya, suku Arab menyebar kurma di sekitar Asia Selatan & Tenggara, Afrika utara, dan Sepanyol. Kurma diperkenalkan di Mexico dan Calirfonia oleh orang Sepanyol pada 1765, sekitar Misi San Ignacio. Buahnya adalah sebiji pepauh yang digelar sebagai sebiji kurma. Ia berbentuk bujur-silinder, panjang 3–7 sm, dan garis pusat 2–3 sm, dan apabila matang, bertukar dari merah ke kuning muda pada warna, terpulang pada kelainan. Kurma mengandungi suatu biji benih tunggal panjang sekitar 2–2.5 sm dan tebal 6–8 mm. Buahnya terdiri daripada tiga kategori iaitu kurma lembut (contohnya 'Barhee', 'Halawy', 'Khadrawy', 'Medjool'), semi-kering (contohnya 'Dayri', 'Deglet Noor', 'Zahidi'), dan kurma kering (contohnya  'Oman', 'Safawi', 'Thoory'). Jenis buah terbahagi kepada kandungan glukosa, fruktosa & sukrosanya.
    Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan buah kurma, tenaga yang diserap oleh tubuh badan adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
    Umat Islam disunatkan berbuka dengan kurma (disarankan mengambil sehingga 7 biji kurma) kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun jadi mengantuk. 
    Kurma yang dimakan tanpa membuang kulitnya mengandungi serat yang amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potasium.
    Dikalangan masyarakat kita ramai yang beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga boleh meningkatkan daya ingatan seseorang. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. 

    Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.” 

    Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya lagi. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
    Sesunguhnya, kurma sangat diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.
    Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.


    KHASIAT KURMA:
    • untuk merawat penyakit gangguan usus kronikdan sembelit.
    • Khasiat kurmajuga terbukti dalam mengatasi masalah insomnia.
    • Individu yang mengalami masalah batukpula boleh mengamalkan pengambilan kurma dalam menu harian mereka kerana keberkesanannya menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong seterusnya mampu meredakan batuk.
    • Buat kanak-kanak pula, kurma membantu mencergaskan mindamenguatkan daya ingatan serta membantu tumbesaran
    • Manakala untuk wanita, kurma dapat mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran serta dapat menambah tenaga selepas melahirkan.
    • Dapat memanaskan tubuh.
    • Mencegah penyakit barah.
    • Melancarkan peredaran dalam darah.
    • Merawat penyakit buah pinggang
    • Membersihkan hati.


    untuk tempahan, sila hubungi:-
    Al-Arif Foods Industry
    013-3978857