Tuesday 22 April 2014

GARAM DAN KELEBIHANNYA (II)

Garam Bukit Tulen sebagai minuman Kesihatan

LARUTAN TEPU GARAM BUKIT TULEN (SOLE BRINE) TERAPI KRISTAL

Tubuh manusia memerlukan garam termasuk elemen-elemen kelumit. Meminum larutan garam dari hablur garam bukit tulen dapat merangsang sistem pencernaan dan metabolisma. Larutan ini juga dipercayai :

1) Menyumbang tenaga semulajadi yang tersimpan dalam struktur hablur garam dan tubuh dapat menggunakannya selama 24 jam.
2) Membantu memperseimbang kealkalian / keasidan dalam tubuh dan meneutralkan tekanan darah.
3) Membantu melarutkan dan menyah mendapan yang boleh mengakibatkan pembentukan "batu" dan pelbagai jenis rheumatisme seperti arthritis, batu hempedu dan batu karang.
4) Membantu meredakan rasa ketagihan. Ketagihan gula dan alkohol hilang sebaik sahaja pengambilan awal larutan tepu garam bukit tulen.

Profesor Peter Ferreira, seorang pakar biofizik berbangsa German telah menjalankan beberapa jenis ujian-ujian klinikal ke atas pesakit-pesakit yang mengambil larutan tepu Garam Bukit pada setiap hari dan Melaporkan keputusan berikut:

a) Pesakit-pesakit mengalami kehilangan Logam-logam berat dari tubuh seperti Plumbum, Merkuri(Raksa) dan Arsenik
b) Pengungkaian enapan-enapan Kalsium
c) Proses detoksifikasi perlahan tetapi berkesan
d) Memperseimbang pH darah.

RENDAMAN KAKI GARAM BUKIT TULEN TERAPI KRISTAL

Rendaman kaki Garam Bukit Tulen Terapi Kristal sangat sesuai digunakan semasa sedang berehat sambil menonton TV dan membaca. Ia sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan. Kekerapan menggunakannya dapat mengembalikan kesegaran anda.

1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan.
2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah.
6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak
7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau
8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping mengaktifkan perjalanan darah.
9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout

Amalan mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.Berendam dengan air garam bukit tulen akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.


PENGGUNAAN GARAM BUKIT DALAM RAWATAN SIHIR DAN SAKIT2 BADAN



Rendaman kaki ke dalam air panas atau sejuk bercampur garam untuk rawatan makhluk halus dan sakit kaki / tumit / kebas / sakit lutut.

Rasulullah saw melarang kita untuk menyimbah air panas dari tempat tinggi takut menyakiti dan menzalimi jin2 yang tidak berdosa,..

Ini bermakna; air panas mampu menyakitkan jin2 di alam sana… lalu kaedah merendam kaki dengan air panas berisi garam mampu menyakitkan jin2 yang ZALIM yang berada dalam badan manusia;

1) Jerang air. Suhu sepanas yang kaki kita tahan.. Jangan sampai melecur dan jangan hanya suam2 kuku.

2) Masukkan ke dalam baldi / besen. Kuantiti sehingga merendam buku lali.

3) Campurkan 3 sudu / setengah cawan garam bukit.

4) Rendam kaki. Bermula dengan tumit dahulu.. Jika tumit mampu menahannya maka seluruh kaki mampu menahannya.

5) Rendam kaki setengah jam / sejam. Jika air menjadi sejuk.. tambah lagi air panas semasa proses rendaman tersebut.

Insya Allah anda akan mendapati gangguan anda semakin kurang apa lagi kalau dicampur air ruqyah dan sambil mendengar cd ruqyah..

Teknik ini juga boleh diselang selikan dengan rendaman air sejuk / air batu bercampur garam juga…

PENGGUNAAN GARAM BUKIT DALAM RAWATAN RESDUNG

Satu penyakit yang boleh dikatakan semua orang ada... Cuma yang berbeza antara individu adalah kuat atau tidak sahaja...

Berdasarkan pengalaman A:-
Saya adalah penghidap resdung tegar maka telah 1001 rawatan yang saya cuba sejak di bangku sekolah lagi..... Dari rokok resdung sampai la ke herba dimasuk ke dalam hidung..... nampaknya semuanya kurang berkesan lebih-lebih lagi kalau dah tumbuh polip (yang menghalang pernafasan)... sehinggalah......Saya sampai ke bumi barakah Syam as Syariff... Syria..... Seorang akhawat  dari Singapura memberi tahu saya bahawa Maulana Sheikh  menyarankan rawatan dengan menggunakan air garam yang disedut ke dalam hidung...

Caranya....
1) Satu sudu teh garam (terutamanya garam bukit dicampurkan dengan secebok air suam). Garam sebenarnya adalah antiseptik; pembunuh kuman yang aktif!!!
2) Bacalah al Fatihah, ayat Qursiy dan selawat syifa' 3 kali dan tiup ke dalam air tersebut, hingga habis nafas sambil berniat untuk kesihatan 'hidung'.
3) Sedut seumpama istinsya' (perbuatan memasukkan air ketika wudu') beberapa kali.
4) Ulang 3 kali sehari.... sehingga reda... Sebolehnya jangan ditinggalkan amalan ini sepertimana anda menggosok gigi....
5) Tawakkal kepada Allah... Insya Allah sembuh...

Cara yang kedua.....: Sheikh Nazim juga menyarankan agar dimasukkan sedikit minyak zaitun dan cili yang dipanaskan sedikit ke dalam hidung... Tetapi cara ini agak menyakitkan...

Di Barat, mereka menggunakan kaedah 'nasal pot' yang menggunakan garam bukit untuk rawatan sinus...

Bezanya mereka memasukkan air garam ke dalam lubang hidung sebelah kanan dan mengeluarkannya melalui lubang hidung kiri dan begitulah sebaliknya... cuba lhat video dibawah



terima kasih kepada pusat rawatan islam kiswah :-)

No comments:

Post a Comment